Naruto Shippūden

Naruto: Shippūden merupakan siri anime Naruto yang diadaptasikan daripada bahagian kedua siri manganya, di mana ianya berlaku dua tahun setengah selepas insiden Sasuke Uchiha melarikan diri dari Konohagakure dan menyertai Otogakure. Naruto Uzumaki yang kini di bawah tunjuk ajar salah seorang ninja Sannin bernama Jiraiya. Siri anime ini masih bersiaran secara langsung di Jepun kerana masih lagi belum tamat. Melalui plot ini juga meyaksikan kemunculan sepenuhnya musuh baru dalam siri Naruto iaitu organisasi Akatsuki.